SMK ORANG KAYA HAJI
Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji telah dibina sekitar
tahun 1960an. Pada masa itu hanya ada sebuah bangunan sahaja. Struktur bangunan
itu masih kekal hingga kini. Terdapat bilik guru besarnya yang mempunyai pintu
separuh yang berspring.
Bangunan asal SMK Orang Kaya Haji,
sekarang telah dijadikan Pusat Kegiatan Guru
(PKG) Daerah Lipis.
Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Lanjutan iaitu
menampung pelajar-pelajar yang lulus darjah enam. Sesiapa yang lulus darjah
enam ketika itu dianggap pelajar yang hebat dan pandai. Malahan ada diantara
mereka yang berjaya pada awalnya hanya lulus tahap ini. Kemudian menyambung
pelajaran dan berjaya dalam bidang yang diceburi.
Sekitar tahun 1964, bangunan baru dibina. Ia dikenali sebagai
bangunan Khir Johari kerana pada ketika itu Menteri Pelajaran ialah En. Khir
Johari. Rupa bentuk bangunan yang dibina ketika itu adalah seragam di seluruh
negara.Bangunan ini didirikan dengan menggunakan bahan binaan batu bata dan
batu blok simen yang tidak diplaster.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan